Khamis, 4 Mac 2010

PERISTIWA SEMASA UNTUK RENUNGAN

Lama saya tidak update blog ini kerana kesibukan dan kekangan masa..sedar-sedar dah setahun tak buka blog ini dan bilangan pengunjungnya begitu ramai..terkejut saya.

Beberapa peristiwa semasa yang melanda negara kita untuk difikir-fikirkan ketika ini..

1. Lompatan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar dari parti sendiri..apakah jadahnya ini...apa sebenarnya berlaku...renung-renungkaNLAH

2. Penderaan kanak-kanak semakin menjadi-jadi....manusia yang berhati binatang semakin ramai..apakah ini suatu bala atau musibah yang Allah turunkan..

3. Isu royalti minyak Kelantan tak habis-habis..mengapa tak boleh selesai ..kenapa tidak berikan hak kepada yang berhak..mengapa perlu ada perbalahan untuk kesejahteraan rakyat..berikan saja hak rakyat dalam bentuk apa pun..tak perlu berkelahi..mudahkan...

4. Krisis politik parti tak selesai-selesai..MCA...PPP...bila nak selesai??

5. Kejadian rompak, bunuh, rogol masih berleluasa.... apakah ini harga yang perlu dibayar untuk pemodenan???

6. Saman menyaman...tuduh menuduh di mahkamah..entah bila kes-kes ini akan selesai...

7. Begitulah peristiwa ini akan berlaku dan terus berlaku selagi manusia menghuni alam ini..

sekian...