Sabtu, 16 Mei 2009

BILA NAK SELESAI!!!!!!

1. Politik Perak masih belum selesai

2. Di satu pihak mahukan pilihanraya DUN diadakan sebagai penyelesaian muktamad kemelut ini.

3. Di satu pihak lagi tidak mahu diadakan pilihanraya dan mahu menggunakan persidangan DUN sebagai jalan penyelesaiannya

4. Pandangan NGO dan pakar- pakar perundangan, para cendikiawan yang bernas hendaklah diambil kira. Jangan hanya satu kumpulan merasakan dirinya betul maka segala pandangan pihak ketiga tidak mahu diterima.

5. PM Najib janganlah terlalu takut untuk menghadapi pilihanraya kerana tidak ada siapa tahu siapa yang akan menang atau kalah. Rakyat akan lebih bersimpati jika BN mengambil jalan tengah dan sikap berlembut khususnya untuk menetukan PRU13 kelak.

6. Jika tindakan sekarang nampaknya rakyat tidak suka seperti menggunakan polis dan kakitangan awam untuk menegakkan sebuah kerajaan.

7. Rakyat tidak suka kakitangan awam (SUK, Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Dewan) yang tidak profesional. Ini menaikkan lagi darjah sokongan rakyat kepada MB Nizar.

8. Oleh itu pandai-pandailah mengambil hati rakyat Perak.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan