

1. Sebaik saja angkat sumpah Najib telah melakukan tindakaan drastik iaitu bebaskan 13 tahanan ISA, tarik balik penggantungan Harakah dan Suara Keadlilan, melawat KL dan terima Mahathir masuk UMNO.
2. Itu baru sehari jadi PM. Jadi kita tunggu dan lihat apa lagi perubahan akan berlaku selepas ini.
3. Harapnya perubahan itu biarlah ke arah lebih baik dan jadi hangat-hangat tahi ayam saje.
4. Kalau betul-betul nak buat perubahan banyak lagi Najib perlu buat antaranya ISU PPSMI, isu pekerja kontrak, isu pendatang tanpa izin dan yang paling utama mengatasi kemelut ekonomi.
5. Begitu juga dengan kakitangan awam janganlah kedekut sangat, apa-apa yang cuepacs minta tu tolonglah perkenankan.
6. Apa pun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku dalam episod seterusnya..........

Tiada ulasan:
Catat Ulasan