1. Tahniah kepada SPRM kerana bertindak cepat menyiapkan siasatan terhadap TKM1 P Pinang.
2. Begitulah SPRM yang dulunya BPR.... ada yang laju, ada yang slow atau langsung tak bergerak-gerak
3. Walau beribu laporan dibuat kertas siasatan tak siap-siap pun ada . Kes-kes lama betahun-tahun dulu macam mana senyap juga ke
4. Jangan pula rakyat anggap double standart pula..rakyat biasa pun tahu karenah SPRM.
5. Jadi buat kerja tu elok-elok le.. jangan nampak sangat berat sebelah oiii...
Berita lanjut,,,
Bahagian Pendakwaan teliti kes kegiatan haram kuari
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpuas hati dengan hasil siasatan dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Pesuruhjaya Siasatannya, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata kertas siasatan yang lengkap itu sudah dihantar ke Bahagian Pendakwaan su-ruhanjaya, semalam untuk tindakan lanjut.
"Saya puas hati dengan hasil kerja pegawai Bahagian Siasatan dalam melengkapkan kertas siasatan itu dan dokumen berkenaan diserahkan ke Bahagian Pendakwaan SPRM selepas laporan itu diteliti," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu yang disyaki menyeleweng dalam urusan membabitkan syarikat kuari di Seberang Prai. Pendedahan dilakukan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat, Februari lalu dan ia dipercayai mendorong peletakan jawatan Mohammad Fairus, berkuat kuasa 8 April lalu.
Amizuddin mendakwa dua pemimpin PKR bekerjasama dengan syarikat kuari di Seberang Prai dengan melindungi aktiviti haram kuari terbabit. Pada 21 Mac lalu, Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Penerangan negeri. Pada 26 Mac lalu, Mohammad Fairus yang sedang dalam perjalanan ke Singapura, ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, bagi membantu siasatan kes berkenaan. Mohd Shukri berkata, pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada Bahagian Pendakwaan sama ada kes berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah atau pihaknya perlu mendapatkan maklumat tambahan bagi mengukuhkan lagi kertas siasatan itu.
Sabtu, 11 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan