Sabtu, 11 April 2009

SPRM - LAJU BERTINDAK TERHADAP PKR

1. Tahniah kepada SPRM kerana bertindak cepat menyiapkan siasatan terhadap TKM1 P Pinang.

2. Begitulah SPRM yang dulunya BPR.... ada yang laju, ada yang slow atau langsung tak bergerak-gerak

3. Walau beribu laporan dibuat kertas siasatan tak siap-siap pun ada . Kes-kes lama betahun-tahun dulu macam mana senyap juga ke

4. Jangan pula rakyat anggap double standart pula..rakyat biasa pun tahu karenah SPRM.

5. Jadi buat kerja tu elok-elok le.. jangan nampak sangat berat sebelah oiii...

Berita lanjut,,,

Bahagian Pendakwaan teliti kes kegiatan haram kuari

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpuas hati dengan hasil siasatan dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Pesuruhjaya Siasatannya, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata kertas siasatan yang lengkap itu sudah dihantar ke Bahagian Pendakwaan su-ruhanjaya, semalam untuk tindakan lanjut.
"Saya puas hati dengan hasil kerja pegawai Bahagian Siasatan dalam melengkapkan kertas siasatan itu dan dokumen berkenaan diserahkan ke Bahagian Pendakwaan SPRM selepas laporan itu diteliti," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu yang disyaki menyeleweng dalam urusan membabitkan syarikat kuari di Seberang Prai. Pendedahan dilakukan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat, Februari lalu dan ia dipercayai mendorong peletakan jawatan Mohammad Fairus, berkuat kuasa 8 April lalu.
Amizuddin mendakwa dua pemimpin PKR bekerjasama dengan syarikat kuari di Seberang Prai dengan melindungi aktiviti haram kuari terbabit. Pada 21 Mac lalu, Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Penerangan negeri. Pada 26 Mac lalu, Mohammad Fairus yang sedang dalam perjalanan ke Singapura, ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, bagi membantu siasatan kes berkenaan. Mohd Shukri berkata, pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada Bahagian Pendakwaan sama ada kes berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah atau pihaknya perlu mendapatkan maklumat tambahan bagi mengukuhkan lagi kertas siasatan itu.

Khamis, 9 April 2009

KABINET BARU NAJIB - TAHNIAH

SENARAI PENUH KABINET BARU NAJIB


PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan: 1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin


MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2.Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup


MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng


MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan: Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

- Bernama

Rabu, 8 April 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL DUA BUKIT SATU BATANG

1. Keputusan pilihanraya telah pun diumumkan.
2. Masing-masing membuat pelbagai analisa.
3. Di pihak kerajaan, masing-masing pegampu masih memberikan pelbagai alasan dengan menyatakan ini bukan petanda rakyat menolak, rakyat belum dapat melihat perubahan, kesan perubahan belum terasa . ini bukan bererti referendum dll.
4. Itu semua kata-kata pengampu untuk menyedapkan telinga yang mendengar.
5. Hakikatnya terimalah kenyataan bahawa pihak pemerintah mesti terima kekalahan.
6. Buat masa ini rakyat menolak BN (kecuali di sarawak) .Itulah hakikatnya.
7. Selagi kerajaan BN tidak bersih, nampak bersih dan membersihkan diri, selagi itulah rakyat akan menolak BN.
8. Jangan berdolak dalih lagi....yang jelas kerajaan BN sekarang bergelumang dengan pelbagai penyakit..semua rakyat tahu..jangan tipu rakyat..terimalah kenyataan.
9. Tugas pemimpin.bersihkanlah diri dan orang-orang di sekelilingmu......

Ahad, 5 April 2009

PERUBAHAN NAJIB
















1. Sebaik saja angkat sumpah Najib telah melakukan tindakaan drastik iaitu bebaskan 13 tahanan ISA, tarik balik penggantungan Harakah dan Suara Keadlilan, melawat KL dan terima Mahathir masuk UMNO.
2. Itu baru sehari jadi PM. Jadi kita tunggu dan lihat apa lagi perubahan akan berlaku selepas ini.
3. Harapnya perubahan itu biarlah ke arah lebih baik dan jadi hangat-hangat tahi ayam saje.
4. Kalau betul-betul nak buat perubahan banyak lagi Najib perlu buat antaranya ISU PPSMI, isu pekerja kontrak, isu pendatang tanpa izin dan yang paling utama mengatasi kemelut ekonomi.
5. Begitu juga dengan kakitangan awam janganlah kedekut sangat, apa-apa yang cuepacs minta tu tolonglah perkenankan.
6. Apa pun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku dalam episod seterusnya..........

Rabu, 1 April 2009

SAH ! NAJIB BERJAYA JADI PM

1. Akhirnya Agong telah perkenan menerima perletakan jawatan Pak Lah dan melantik Najib jadi PM.
2. Kalau tak ada aral hari jumaat 10.00 pagi Najib akan angkat sumpah.
3. Nampaknya peralihan kuasa yang dimpikan dan yang dicitakan akan menjadi kenyataan
4. Najib sudah boleh berkira-kira nak baiki kabinet mengikut citarasanya.
5. Kita sebagai rakyat akan tunggu dan lihat sahaja episod selanjutnya drama politik Malaysia (UMNO/BN) di bawah araahan Najib.
6. Rakyat akan menilai arahan dan pelakon-pelakon politik seterusnya untuk diberi anugerah dalam PRU ke 13 nanti...
7. Bagi kito.......tak de apa-apa........tunggu dan lihat saja leee....apa yang bakal berlaku..

Selasa, 31 Mac 2009

UMNO KUAT??? KATA AHLI BEBAS

1. Kata MP Bebas, UMNO kuat bila Mahathir masuk semula
2. Dengar kata dia pun akan ikut masuk UMNO semula bila Tun M masuk UMNO semula.
3. Sebenarnya ini yang ditunggu-tunggu olehnya selama ini.
4. Lepas ni dia akan kata dia telah yakin dengan UMNO, untuk menyatukan UMNO, untuk menerima pelawaan UMNO dan seumpama denganya.
5. Bagaimanapun tak payah temberang lee.. sebab SEMUA ORANG SUDAH TAHU SIAPA DIA SEBENARNYA...........Lebih-lebih lagi orang Pasir Mas.........

Isnin, 30 Mac 2009

PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG

1. Atas kertas nampaknya PR mendahului lain-lain calon
2. Tetapi ini tidak bermakna boleh menang. Banyak lagi halangan dan kemungkinan yang bakal berlaku.
3. Macam-macam tektik dan helah boleh dibuat. Bagaimanapun jangan lupa perancangan Allah melebihi daripada segala perancangan manusia.
4. Kesimpulannya buat apapun pada masa ini, rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi, majoriti rakyat yang cerdik dan sedar sudah tahu segala helah dan tipu muslihat yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu.
5. Semoga yang terbaik akan menang.